Sunday, November 30, 2008

PROGRAM PERTAMA KELOLAAN MAJLIS BELIA FELDA BUKIT BADING - BOMBA BERSAMA MASYARAKAT









Pada 25/11/2008 yang lepas Jabatan Bomba Dan Penyelamat Terengganu dan dengan kerjasama Pengurusan Felda Bukit Bading serta Majlis Belia Felda Bukit Bading telah berjaya menganjurkan Program Bomba Bersama Masyarakat.
Program ini cukup meriah dengan kehadiran lebih 2000 orang pengunjung dan kerjasama dari semua penduduk FELDA Bukit Bading amatlah dihargai oleh pihak penganjur. Program sehari yang dirasmikan oleh YB ADUN Ajil,Dato' Hj Rosol Bin Wahid ini turut dimeriahkan dengan kehadiran peniaga-peniaga termasuk HOTLINK yang telah membuka satu booth dan telah memberi sedikit sumbangan bagi menjayakan program ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program ini bagi mengeratkan silaturahim penduduk FELDA,pihak BOMBA termasuk merapatkan hubungan penduduk dengan Pengurusan FELDA Bukit Bading disamping memperkenalkan Majlis Belia Felda sebagai lidah rasmi kepada belia dan beliawanis Felda Bukit Bading. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna,sukaneka rakyat,dan demontrasi memadam api serta gimik pasukan bomba melakukan operasi memadam kebakaran. Turut serta diadakan pertandingan kawat PKK ( Pasukan Keselamatan Kilang ) yang disertai oleh 4 pasukan dari 3 buah kilang di daerah Hulu Terengganu dan satu pasukan dari Belia Felda Bukit Bading sendiri. Dan di majlis ini juga diadakan satu slot penyerahan borang pasukan bomba sukarela FELDA yang disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Rosol kepada Pegawai Penjaga Balai Bomba Kuala Berang,En. Haslizan.








Gambar sekitar Mesyuarat Tindakan dan Penyerahan Tugas.