Sunday, December 28, 2008

MALAM RAMAH MESRA BELIA BERSAMA KEPIMPINAN

Pada 26/12/2008 lalu Majlis Belia Felda Bukit Bading telah menganjurkan satu majlis perkenalan atau ramah mesra AJK-AJK Majlis Belia Felda Bukit Bading dan semua pemimpin kampung termasuk Pengurus Felda Bukit Bading bersama belia beliawanis Felda Bukit Bading.
Program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan biro-biro yang terdapat di dalam majlis belia serta barisan pemimpin kampung kepada semua belia sekali gus menarik minat belia untuk menjadi ahli Majlis Belia Felda.
Majlis ini diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ramai ahli dan mereka diraikan dengan jamuan makan malam serta persembahan karaoke oleh ahli-ahli MBF sendiri. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua belia yang telah menjadi ahli dan kami mengharapkan lebih ramai belia akan menyertai kami pada masa-masa yang mendatang.







Gambar : Pengurus Felda Bukit Bading, En Dalawi Salleh menyampaikan amanat kepada ratusan belia yang hadir.








Gambar : En Taupik,DJ merangkap juruaudio yang bertanggungjawab menyedia dan mengendali sistem PA sepanjang program berlangsung.

Sunday, December 21, 2008

PROGRAM ANAK ANGKAT BELIA WAWASAN DESA - IKBN WAKAF TAPAI

Baru-baru ini,Felda Bukit Bading buat julung-julung kalinya dipilih oleh pihak pengurusan IKBN Wakaf Tapai untuk dijadikan Kampung pilihan bagi Program Anak Angkat Belia Wawasan Desa peringkat IKBN. Kami warga Felda Bukit Bading amatlah mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan belia dari mana-mana institusi pengajian tinggi mahupun pusat-pusat latihan kemahiran untuk menjadikan kami sebagai keluarga angkat atau hos kepada program-program seumpamanya.
Pada 18 - 20 Disember lalu,kami telah dikunjungi 40 orang pelatih IKBN dan 2 orang jurulatih untuk dijadikan anak angkat kepada warga Felda Bukit Bading.Program ini telah dirancang sebulan yang lalu dan berjalan begitu teratur dan seperti yang dirancang.












Gambar :Ketibaan pelajar IKBN dan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis Belia Felda Bukit Bading


Program 3 hari 2 malam ini penuh dengan aktiviti-aktiviti ilmiah,kemasyarakatan,kekeluargaan dan sedikit hiburan untuk memeriahkan program.Antara aktiviti yang dijalankan ialah majlis bacaan Yassin dan tahlil serta solat berjemaah, gotong royong membersihkan kawasan kampung,melawat projek perternakan lintah dan lembu,industri kerepek,sukaneka rakyat dan sebagainya.



















Program-program seperti ini sememangnya dapat memberi sedikit pendedahan kepada belia-belia dari IKBN ini kepada proses pembelajaran mereka dan juga sedikit sebanyak memberi kesan di dalam diri setiap pelatih untuk terus aktif dalam perkara-perkara yang positif selain dapat menyedari betapa indah hidup bermasyarakat. Kepada majlis belia,ini juga adalah mungkin satu ruang pembelajaran dan latihan untuk mengorganisasi atau menguruskan hal-hal yang berkaitan kepada kemasyarakatan. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan dengan semangat kerjasama setiap AJK Persatuan serta rakan-rakan belia yang lain.

Gambar : Aktiviti sepanjang program




Kepada pihak IKBN Wakaf Tapai,kedatangan kalian ke Kampung kami amatlah kami hargai dan datanglah lagi untuk program-program yang akan datang.











Gambar: Sekitar Majlis Penutup serata perasmian program yang disempurnakan oleh Pengurus Felda Bukit Bading En. Dalawi Bin Salleh serta penyampaian hadiah bagi acara sukaneka dan majlis penyerahan semula anak angkat kepada pihak IKBN.


Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik kalian akan kami kenang sampai bila-bila.





Tuesday, December 16, 2008

MASJID FELDA BUKIT BADING

Umum mengetahui bahawa di negeri Terengganu dan lain-lain negeri juga pihak kerajaan negeri sentiasa menganjurkan program-program ilmiah dan pelbagai lagi aktiviti lain termasuk kempen kebersihan dan kecerian masjid. Di Felda bukit Bading semua AJK,ahli jemaah masjid dan semua penduduk sekitar amat mengambil berat akan hal ini dan kerana inilah Masjid Felda Bukit Bading telah dipilih sebagai Johan pertandingan kebersihan dan keceriaan masjid peringkat negeri Terengganu tahun 2008 selain menjadi johan kempen kebersihan masjid sempena Maal Hijrah 1429 hijrah yang lalu.Kejayaan ini tentulah hasil dari kerja keras semua ajk masjid yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik disamping pengurusan kewangan masjid yang benar-benar telus dan tiada penyelewengan.
Untuk pengetahuan semua,di masjid Felda Bukit Bading juga ada menyediakan rumah musafir yang disediakan untuk memudahkan tetamu luar yang berkunjung ke sini menginap terutama pada musim cuti sekolah dan perkahwinan juga untuk sebarang program lain jika ianya melibatkan penempatan peserta dimana rumah musaifir ini boleh didiami oleh 20 - 30 orang pada satu-satu masa.
Pada 15/12/2008 yang lalu juga sekali lagi panel juri dari Pejabat Agama Terengganu telah melawat dan menilai tahap kebersihan dan kecerian masjid sempena Maal Hijrah 1430 dan semoga Masjid kami sekali lagi terpilih sebagai johan peringkat negeri.



Monday, December 15, 2008

KEMUDAHAN PRASARANA DAN PEMBANGUNAN INFRASTUKTUR

FELDA Bukit Bading sememangnya terkenal dikalangan warga-warga FELDA di Terengganu selain dari FELDA Jerangau dan Kerteh.Umum mengetahui bahawa FELDA amat mementingkan keselesaan,kemajuan,pembangunan,keselamatan dan keceriaan kepada peneroka dan tanah rancangan itu sendiri.
Disinilah kerjasama dan kesepakatan peneroka ditagih untuk merencana dan merancang pembangunan bagi membina sendiri tamadun bangsa terutama dari golongan belia dan terus menerus menjadikan FELDA ini sebagai lambang kebangkitan masyarakat melayu.Sejak dari awal rancangan untuk menubuhkan FELDA ini lagi pada akhir tahun 50-an iaitu di zaman Tun Razak,kita sepatutnya melihat apa yang menjadi agenda mantan Perdana Menteri itu kepada kepentingan kaum Melayu dan hari ini umum akur akan keberkesanan dari ideologi dan pemikiran jauh para pemimpin terdahulu biarpun pada waktu itu banyak suara sumbang yang menidakkan tujuan baik Kerajaan Perikatan pada waktu itu.
Hari ini tibalah masa agenda-agenda ini diteruskan mengikut arus peredaran zaman dan mengikut ideologi terkini pemimpin oleh peneroka dan para belia felda yang menjadi anak emas kepada FELDA sebenarnya.Usaha ini adalah sedang diteruskan di FELDA kami dan hasilnya tidaklah perlu sesiapa menafikan dan ini akan terus menjadi kabanggaan kami dan kami sebagai belia yang diberi amanah untuk meneruskan agenda ini berjanji akan terus menabur bakti untuk melihat pembangunan yang akan mendatang.