Monday, February 02, 2009

KARNIVAL TM GEGAR FELDA

Bersyukur sekali lagi kami warga Felda Bukit Bading kerana kali ini kami dikunjungi dengan satu lagi Program atau Karnival yang dianjurkan oleh syarikat komunikasi gergasi Malaysia,apa lagi kalau bukan Telekom Malaysia (TM) pada 30-31/01/2009 baru-baru ini.Kehadiran pihak TM ke Felda kami amatlah kami alu-alukan dan amat kami hargai.
Dari sumber pihak TM,kami difahamkan TM telah menganjurkan 8 program seumpamanya di Felda-Felda seluruh negara dan Felda Bukit Bading menjadi pilihan pihak TM di Negeri Terengganu.Kami warga belia amat bangga di atas pemilihan ini dan sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih.
Karnival yang berlangsung selama dua hari ini padat dengan aktiviti kemasyarakatan dan sosial positif bagi membantu meningkatkan kesedaran penduduk Felda, khususnya warga Felda Bukit Bading akan kepentingan komunikasi dan ICT dalam kehidupan yang serba canggih kini. Dengan adanya karnival sebegini, sedikit sebanyak dapat membantu dan mendekatkan warga Felda kepada teknologi dan IT
Bermula pada 25 Januari lalu,mesyuarat kali pertama antara pihak TM,Majlis Belia Malaysia(MBM) dan Pengurusan Felda serta Majlis Belia Felda (MBF) Felda Bukit Bading telah diadakan dan dalam tempoh seminggu,kami berusaha untuk menyediakan segala keperluan karnival dengan sokongan dari pihak MBM dan TM sendiri. Alhamdulillah,atas semangat kebersatuan, kami berjaya menyediakan segala keperluan untuk menjayakan karnival ini dengan sempurna.











Gambar : Mesyuarat penyerahan tugas dan pembinaan pentas


Jumaat ( 30/01/2009 )
Karnival bermula seawal jam 9.00 pagi,namun dataran Felda Bukit Bading telah dikunjungi oleh ramai pengunjung serta pasukan-pasukan bola jaring dari seluruh daerah Hulu Terengganu bagi menyertai pertandingan bola jaring sempana Karnival TM ini.Selain itu pertandingan mewarna pelajar PDK turut diadakan bagi merai golongan istimewa ini.Tidak ketinggalan,pihak penganjur menyediakan permainan paintball shooting untuk dicuba oleh pengunjung yang hadir.




















Selain acara bola jaring dan pertandingan mewarna PDK ini ini,program ini pada sebelah pagi diceriakan lagi dengan kehadiran maskot TM iaitu BlueHyppo dan diserikan lagi dengan Booth TM sendiri serta beberapa agensi luar yang mengadakan promosi di sini antaranya pihak Kolej Negeri ( N.Sembilan ) dan beberapa agensi lain.
Para peniaga juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk berniaga sepanjang karnival berlangsung.










Pada sebelah petang,karnival bersambung selepas solat jumaat dan pelbagai acara lagi diadakan dan antaranya pertandingan karaoke,sukaneka,pertandingan masakan dan gubahan serta 4 perlawanan terakhir bola jaring.
Karnival berhenti sekitar jam 7.00 malam hingga jam 9.00 malam bagi menghormati waktu solat maghrib ke isyak dan selepas itu acara diteruskan dengan upacara perasmian karnival oleh YB Ahli Parlimen Hulu Terengganu,En Mohd Noor bin Othman yang diceriakan lagi dengan percikan 60 das bunga api serta dimeriahkan lagi dengan pertandingan akhir karaoke dan persembahan 2 orang artis jemputan iaitu Mat Over dan Aming (Spring).











Gambar : Gelagat peserta karaoke di peringkat saringan














Gambar : Ucapan aluan oleh Pengerusi Persatuan Belia ( MBFM ) Felda Bukit Bading,diikuti dengan ucapan sokongan dari Pengarah Consumer Sales TM Negeri Terengganu dan disusuli oleh ucapan perasmian oleh YB Mohd Noor disertai dengan gimik perasmian karnival.














Gambar : Untuk pertama kalinya selepas 20 tahun,penduduk Felda Bukit Bading dihiburkan oleh artis-artis tanahair secara live iaitu Mat Over dan Ameng (Spring)


Sabtu ( 31/01/2009 )


Karnival bersambung dengan persiapan kenduri karnival oleh pihak JKKR,Belia dan GPW Felda Bukit Bading.
Seekor lembu telah disumbangkan oleh pihak TM untuk dijamu kepada semua pengunjung karnival ini yang dianggarkan mencecah 4000 ribu orang.











Gambar : Persiapan Kenduri Karnival


Selain itu,pada sebelah pagi ini juga dijalankan acara street soccer,pertandingan mewarna kanak-kanak tadika serta acara sampingan,karaoke suka-suka.











Pada sebelah petang,karnival hampir ke penghujung namun pengunjung masih lagi tidak putus-putus memenuhi dataran Felda Bukit Bading untuk memeriahkan beberapa acara terakhir iaitu acara sukaneka rakyat yang diadakan antaranya,tiup belon,cari gula-gula dalam tepung,kail botol,sepak raga bulatan,bowling kelapa,kepit belon dan bermacam lagi acara.Di penghujung karnival adalah upacara penyampaian hadiah kepada pemenang seterusnya acara penutup karnival yang disempurnakan oleh Pengurus Felda Bukit Bading,En Dalawi Salleh.





















Karnival ini amatlah positif dari segi kemasyarakatan dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim penduduk Felda sekaligus dapat menguji keberkesanan dan kemuafakatan antara organisasi yang wujud di dalam Felda Bukit Bading ini sendiri.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan karnival ini terutamanya seluruh belia Felda Bukit Bading kerana memberikan 100% kerjasama dan sanggup berpenat lelah bagi melancarkan perjalanan karnival.Tidak lupa juga kepada pihak TM kerana memilih Felda Bukit Bading sebagai lokasi karnival,pihak Majlis Belia Malaysia ( MBM ) dan Majlis Belia Felda ( MBFM ) kerana memberikan sokongan dan tunjuk ajar,DOREMI Events & Rental,dan seluruh warga Felda Bukit Bading di atas sokongan anda.Insya-Allah akan ada lagi kunjungan dari pihak seumpamanya ke bumi Felda kita ini.



Gambar di bawah : Wajah-wajah ceria sekitar Karnival TM GEGAR FELDA





























Gambar : Antara detik-detik kegembiraan yang sempat dirakamkan oleh jurufoto Felda Bukit Bading,Kak Dah.