Sunday, March 29, 2009

PENGHAYATAN MAULIDUR RASUL - PERSADA UMT

Pada 27 Mac yang lalu,Masjid Felda Bukit Bading sekali lagi dikunjungi oleh pelajar-pelajar IPT sekitar negeri Terengganu.Kali ini adalah rombongan dari Seketeriat Pemuafakatan Siswa/Siswi Felda Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ). Pelajar-pelajar ini adalah anak-anak peneroka dari seluruh Malaysia yang menuntut di UMT.
Program kali ini lebih menjurus kepada penghayatan Maulidur Rasul dimana,pihak UMT/PERSADA UMT ini mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Peneroka dan belia-belia Felda dalam menjayakan sesuatu aktiviti dan secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada alam berpersatuan yang positif serta dapat mengubat kerinduan mereka kepada Felda halaman masing-masing.
Sememangnya program seumpama ini kami alukan kedatangannya dan semoga hubungan erat yang terjalin antara UMT dan warga Felda Bukit Bading akan terus menerus mekar dan jika sudi,kunjungilah kami yang sedia menanti.
Program sehari ini sarat dengan aktiviti ilmiah dan kerohanian. Sejurus sahaja siswa-siswi ini tiba di perkarangan Masjid,mereka terus beramah mesra dengan semua AJK Masjid,GPW dan AJK Persatuan Belia.Pihak Masjid juga menyediakan jamuan makan dan seekor lembu telah dikorbankan untuk menyambut kedatangan siswa-siswi UMT ini dan menjamu penduduk sekitar.
Pada sebelah malamnya pula,satu tazkirah agama telah disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar yang dibawa khas dari UMT sendiri dan ceramah yang disampaikan juga berkisarkan tentang penghayatan Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w. dan ini diakhiri dengan penyampaian cenderehati dari pihak Persada UMT kepada badan-badan yang bekerjasama untuk menjayakan program ini disusuli dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w dan sedikit jamuan makan.
Tepat jam 11.00 malam,Persada UMT meninggalkan perkarangan Masjid Felda Bukit Bading dengan seribu kenangan.

Gambar : Aktiviti sepanjang hari 27 Mac sempena menyambut kedangan siswa-siswi UMT

MODUL BERSEPADU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM

Alhamdullilah,syukur lagi sekali kami warga Belia Felda Bukit Bading kerana dengan jayanya telah menganjurkan satu lagi program yang memberi manfaat kepada wagra Felda Bukit Bading belia khususnya iaitu Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan islam ( MBKPPI ).
Kursus yang dianjurkan bertujuan memberi kemudahan kepada belia Felda ini telah mendapat sambutan bukan saja dari belia Felda malah turut mendapat penyertaan lebih dari sepuluh orang belia luar dari Felda ini.Seramai 107 peserta telah menyertai kursus yang di jadulakan dari 13 - 14 Mac lalu.
Seperti biasa,sepanjang kursus berlangsung Persatuan Belia memainkan peranan yang penting bagi memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar dan teratur terutama dari segi penyediaan dewan kuliah,jamuan makan dan sebagainya.
Sepanjang kursus berlangsung juga,peserta telah didedahkan dengan pelbagai permasalah dan cara-cara menangani isu-isu rumahtangga,adab-adab perkahwinan dalam islam,tuntutan syariat berkaitan perkahwinan dan segala ilmu berhubung kesejahteraan rumahtangga yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan yang hebat-hebat termasuk beberapa pegawai atasan dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu.
Sememangnya program sperti ini wajar di teruskan bagi memastikan belia-belia terus mendapat bimbingan dan tunjuk ajar sebelum bersedia untuk bergelar suami atau isteri.
Ribuan terima kasih juga diucapakan kepada pihak masjid Felda Bukit Bading dan ibu-ibu di GPW Felda Bukit Bading yang bertungkus lumus untuk menjayakan kursus ini. Insyaalah kita akan menganjurkan lagi program-program seumpamanya.










Gambar sekitar kursus berlangsung.

Wednesday, March 18, 2009

HAL EHWAL SEMASA MBFBB

Setelah kejayaan menganjurkan beberapa program peringkat kampung satu program besar iaitu Karnival Tm GEGAR FELDA baru-baru ini,semua Pemimpin,EXCO dan AJK berehat panjang tanpa menganjurkan sebarang program selama lebih sebulan.Namun demikian pihak pengurusan Majlis Belia Felda terus menjalankan agenda yang termaktub dalam keputusan mesyuarat bulan lalu iaitu untuk menjayakan kempen "edible garden" dan program ini diselia oleh Biro Pertanian dan Penternakan MBFBB.Antara langkah awal yang di ambil adalah meratakan tanah di kawasan yang dikenal pasti untuk tanaman lada berkelompok.Projekk ini bakal diusakan oleh 4 orang belia yang terpilih berdasarkan komitmen mereka untuk menjayakan projek ini.Selain itu juga,pada perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini beberapa orang EXCO termasuk Pengerusi Majlis Belia Felda Bukit Bading telah bersama-sama manjayakannya dan menerima jemputan untuk hadir sama pada perarakan tersebut.

Gambar-gambar sekitar hari gotong royong membersihkan kawasan tanaman lada dan sambutan hari Maulidur Rasul 1430h