Tuesday, September 15, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT PARLIMEN HULU TERENGGANU ANJURAN SERANTA

Sempena Ramadhan yang sudah mencecah fasa ke-3,di masjid Felda Bukit Bading baru-baru telah diadakan satu majlis berbuka puasa peringkat Parlimen yang mana program ini adalah anjuran pihak SERANTA ( Jabatan Perdana Menteri ) dan dengan kerjasama JKKR Felda Bukit Bading serta dibantu oleh pihak Persatuan Belia Felda Bukit Bading sendiri.Yang pasti apa yang menceriakan kami adalah kesudian ahli Parlimen Hulu Terengganu,YB Mohd Nor Bin Othman dan ADUN Ajil,Dato' Rosol Bin Wahid untuk turut serta menjadi tetamu VIP pada majlis ini selain turut dihadiri oleh Pegawai Khas SERANTA,En Razak bin Endut dan Penolong Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu,Hj. Hadi selain diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu ( Persada-UMT) yang memberikan seribu kerjasama sepanjang majlis berlangsung.
Pada sebelah petangnya pelajar-pelajar ini bersama pihak persatuan menziarahi salah seorang warga emas yang tinggal di Felda Bukit Bading ini.Tujuan lawatan ini adalah untuk mamberi sedikit kegembiraan kepada beliau yang tinggal keseorangan setelah kematian suami.kami lebih mesra memanggil warga emas ini sebagai "Mokcik Pokloh". Dan kehadiran pelajar-pelajar ini yang turut membersihkan kawasan rumah,dapur dan menyampaikan sedikit barangan dapur bagi keperluan beliau yang disempurnakan oleh Penasihat PERSADA,Puan Hanani Idayu Yazid.Terima kasih kami kepada pihak PERSADA UMT.
Sebelum bermula majlis berbuka puasa ini,turut diadakan majlis penyerahan bantuan kepada keluarga Felda terpilih untuk menerima bantuan hari raya dan keluarga contoh.Turut disertakan simbolik kepada penyerahan bantuan Hari Raya dari Felda kepada semua peneroka Felda Wilayah tengah iaitu,Felda Bukit Bading,Tersat dan Mengkawang.










BANYAK YANG TERTINGGAL

Untuk pengetahuan pelawat semua banyak program sampingan yang diikuti oleh sebilangan ahli mahupun AJK persatuan.Namun progaram ini tidaklah mampu pihak editor sediakan secara terperinci kelolaannya kerana kebanyakkannya melibatkan satu masa yang lama untuk dikemaskini dan juga beberapa faktor lain.Namun pihak editor ingin mengambil kesempatan diatas kelapangan ini untuk memaparkan atau mencoretkan sedikit gambaran sekitar program-program yang kami telah memberikan sedikit kerjasama untuk menjayakannya.Antara program yang kami ikuti ialah :-


1)Kursus Pembangunan Enterprise Belia Daerah Hulu Terengganu
2)Pelancaran Felda Hanya 1 di Dunia - Johor
3)Pelancaran Kelab Rakan Muda Johor
4)Pelancaran Rakan Muda Peringkat Felda Bukit Bading
5)Perhimpunan Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu


Kami lampirkan sepintas lalu gambar-gambar yang mana sempat dirakam.


1)Kursus Enterprise











2)Pelancaran Felda Hanya 1 di Dunia









3)Pelancaran Kelab Rakan Muda Peringkat Negeri Johor










4) Pelancaran Kelab Rakan Muda Felda Bukit Bading









5)Perhimpunan Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu








Sekilas pandang..