Sunday, March 29, 2009

MODUL BERSEPADU KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM

Alhamdullilah,syukur lagi sekali kami warga Belia Felda Bukit Bading kerana dengan jayanya telah menganjurkan satu lagi program yang memberi manfaat kepada wagra Felda Bukit Bading belia khususnya iaitu Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan islam ( MBKPPI ).
Kursus yang dianjurkan bertujuan memberi kemudahan kepada belia Felda ini telah mendapat sambutan bukan saja dari belia Felda malah turut mendapat penyertaan lebih dari sepuluh orang belia luar dari Felda ini.Seramai 107 peserta telah menyertai kursus yang di jadulakan dari 13 - 14 Mac lalu.
Seperti biasa,sepanjang kursus berlangsung Persatuan Belia memainkan peranan yang penting bagi memastikan semua perancangan berjalan dengan lancar dan teratur terutama dari segi penyediaan dewan kuliah,jamuan makan dan sebagainya.
Sepanjang kursus berlangsung juga,peserta telah didedahkan dengan pelbagai permasalah dan cara-cara menangani isu-isu rumahtangga,adab-adab perkahwinan dalam islam,tuntutan syariat berkaitan perkahwinan dan segala ilmu berhubung kesejahteraan rumahtangga yang disampaikan oleh penceramah-penceramah jemputan yang hebat-hebat termasuk beberapa pegawai atasan dari Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu.
Sememangnya program sperti ini wajar di teruskan bagi memastikan belia-belia terus mendapat bimbingan dan tunjuk ajar sebelum bersedia untuk bergelar suami atau isteri.
Ribuan terima kasih juga diucapakan kepada pihak masjid Felda Bukit Bading dan ibu-ibu di GPW Felda Bukit Bading yang bertungkus lumus untuk menjayakan kursus ini. Insyaalah kita akan menganjurkan lagi program-program seumpamanya.










Gambar sekitar kursus berlangsung.

5 comments:

da_x-felda bukit bading said...

Salam..alhamdulillah,felda bukit bading sekarang semakin popular..semoga dpt m'p'banyakkan aktiviti lg..sekurang2nye dpt la jugok tgk dlm blog nie,walaupun xleh sertai skali..=)wassalam..

PERSATUAN BELIA ( MBFM ) FELDA BUKIT BADING said...

Da_x-felda bukit bading,
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami. Sememangnya hasrat persatuan untuk memupuk dan bersama-sama membentuk akhlak belia yang lebih baik dan terus menjadikan Felda Bukit Bading sebagai contoh yang baik kepada semua peringkat.Lawatilah selalu blog kami dan jika ada pandangan atau buah fikiran,kita kongsi bersama.

da_x-felda bukit bading said...

Insyaallah..
Mmg tiap2 hari tgk blog nie..
Pd pendapat da la,kalau xde program pun,coret la ape2 dlm blog nie..kawasan felda bukit bading kan luas,kite sebagai org luar yg dh xduk Bukit Bading boleh tahu mcm mane perkembangan FELDA BUKIT BADING sekarang..Lebih2 lagi,tempat kediaman lame da tu..Menjadi kenangan sampai bile2..Jgn tunggu ade progam je baru nk coret blog nie..(NI PENDAPAT IDA LA)

PERSATUAN BELIA ( MBFM ) FELDA BUKIT BADING said...

Insyaallah jika editor berkesempatan,kita akan sentiasa kemaskini blog dengan berita-serita semasa..

mr KA said...

salam... kewujudan blog ni sangat bagus dlm membudayakan belia felda ke arah dimensi yg baru... tergrak nk search bukit bading, jumpe plak gan blog ni.. teruskan usaha untuk membawa belia felda bukit bading ke tahap yg tinggi..