Tuesday, September 15, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT PARLIMEN HULU TERENGGANU ANJURAN SERANTA

Sempena Ramadhan yang sudah mencecah fasa ke-3,di masjid Felda Bukit Bading baru-baru telah diadakan satu majlis berbuka puasa peringkat Parlimen yang mana program ini adalah anjuran pihak SERANTA ( Jabatan Perdana Menteri ) dan dengan kerjasama JKKR Felda Bukit Bading serta dibantu oleh pihak Persatuan Belia Felda Bukit Bading sendiri.Yang pasti apa yang menceriakan kami adalah kesudian ahli Parlimen Hulu Terengganu,YB Mohd Nor Bin Othman dan ADUN Ajil,Dato' Rosol Bin Wahid untuk turut serta menjadi tetamu VIP pada majlis ini selain turut dihadiri oleh Pegawai Khas SERANTA,En Razak bin Endut dan Penolong Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu,Hj. Hadi selain diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu ( Persada-UMT) yang memberikan seribu kerjasama sepanjang majlis berlangsung.
Pada sebelah petangnya pelajar-pelajar ini bersama pihak persatuan menziarahi salah seorang warga emas yang tinggal di Felda Bukit Bading ini.Tujuan lawatan ini adalah untuk mamberi sedikit kegembiraan kepada beliau yang tinggal keseorangan setelah kematian suami.kami lebih mesra memanggil warga emas ini sebagai "Mokcik Pokloh". Dan kehadiran pelajar-pelajar ini yang turut membersihkan kawasan rumah,dapur dan menyampaikan sedikit barangan dapur bagi keperluan beliau yang disempurnakan oleh Penasihat PERSADA,Puan Hanani Idayu Yazid.Terima kasih kami kepada pihak PERSADA UMT.
Sebelum bermula majlis berbuka puasa ini,turut diadakan majlis penyerahan bantuan kepada keluarga Felda terpilih untuk menerima bantuan hari raya dan keluarga contoh.Turut disertakan simbolik kepada penyerahan bantuan Hari Raya dari Felda kepada semua peneroka Felda Wilayah tengah iaitu,Felda Bukit Bading,Tersat dan Mengkawang.










No comments: