Wednesday, February 17, 2010

TAKLIMAT PENDIDIKAN - MENUJU KE MENARA GADING

Alhamdulilah..berkat ikhtiar dan kerjasama AJK Persatuan baru-baru ini telah berjaya satu slot taklimat pendidikan untuk anak-anak felda ini dan pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM di sekitar Felda Bukit Bading. Taklimat ini antara lain memberi penerangan kepada bakal graduan Universiti ini akan tatacara dan peluang yang ada kepada semua lepasan SPM dan STPM untuk melangkah kaki ke MENARA GADING. Ini satu peluang yang hebat dan sukar untuk diperolehi kerana taklimat ini bukanlah senang diperoleh.Namun apa yang membuatkan kami sedikit terkilan taklimat ini tidak mendapat sambutan terbaik dari belia-belia di sekitar Felda Bukit Bading ini.Hanya kira-kira 50 orang pelajar sahaja yang hadir. Namun ini akan kami teruskan juga bagi memastikan belia-belia di felda tercinta ini mendapat peluang terbaik.
Taklimat pendidikan ini di sampaikan sendiri oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengambilan Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia iaitu En Mohd Zuhir Bin Abdul Rahman..anak jati Felda Bukit Bading sendiri. Pengalaman dan ilmu yang dimiliki mungkin dapat dikongsi namun hanya segelintir yang mengambil kesempatan ini walaupun sudah dimaklum dan diwar-warkan kepada semua lepasan bakal graduan.
Tapi mungkin ini menjadi pengajaran kami untuk berusaha lebih keras bagi memastikan meraka mendapat peluang terbaik.Kami sediakan sedikit gambar sekitar taklimat berkenaan.

1 comment:

izdihar said...

Dah setahun tak update web site nie