Monday, December 01, 2008

ANUGERAH BELIA FELDA 2008 - JAMIL.. NAMAMU KAMI SANJUNG TINGGI

Seperti semua warga FELDA sedia maklum,pada 17 November lalu telah diadakan satu majlis penganugerahan kepada belia-belia FELDA seluruh Malaysia di atas segala usaha dan kerjasama yang diberikan untuk memartabatkan Majlis Belia Felda Malaysia ( MBFM ).
Yang membanggakan kami di Felda Bukit Bading adalah penganugerahan satu Anugerah baru yang diperkenalkan iaitu Anugerah Khas Panel Penilai Anugerah Belia Felda Malaysia kepada seorang OKU yang berasal dari Felda Bukit Bading iaitu Mat Jamil Bin Ramli. Anugerah ini benar-benar membuka mata kami untuk terus menerus mencapai kecemerlangan baik dari segi akademik,sosial,budaya dan kemasyarakatan.Mungkin 10 tahun dahulu nasib Jamil menjadi tanda tanya setiap rakan-rakannya,namun hari ini Jamil telah membuktikan beliau tidak mahu bergantung nasib kepada sesiapa malah berjaya menjadi contoh dan ikon kepada semua remaja Felda Bukit Bading khususnya dan amnya untuk remaja-remaja lain.Benar Mat Jamil seorang OKU,akan tetapi kehadiran beliau tidak pernah kami anggap begitu dan sekarang beliau lebih sempurna dari segi kehidupan. Tahniah Jamil,teruskan usaha untuk mencapai matlamat hidup kamu.Jasamu tetap akan kami kenang dan namamu tetap akan kami sanjung tinggi..






Gambar-gambar Jamil sekitar Majlis Anugerah Belia Felda 2008.

Gambar oleh: Ahmad Tamizi Abd Hadi




4 comments:

matkeh said...

aku harap majlis belia felda bukit bading akan terus aktif untuk pencalonan anugerah belia felda tahun 2009.. insyaallah...

matkeh said...

aku harap semua ajk belia dapat bekerjasama untuk meningkatkan lagi pencapaian majlis belia felda bukit bading.. jadikan JAMIL sebagai contoh..renungkan lah kehidupan JAMIL dulu n sekarang

Mat Yie said...

seharusnya belia felda bersatu untuk mencapai matlamat asal penubuhan persatuan dan bersama bermuafakat melaksanakan segala gerak kerja yang perlu dan akan dilaksanakan.

maslida said...

salam...
terima kasih kpd yg berjaya mencipta blog kg kite nie..walaupon xduk kit bading lg,sekurang2nye dpt tahu perkembangan semase...
Alhamdulillah & tahniah sy ucapkn kpd JAMIL...diharap dpt mencontohi JAMIL...tq..