Sunday, December 21, 2008

PROGRAM ANAK ANGKAT BELIA WAWASAN DESA - IKBN WAKAF TAPAI

Baru-baru ini,Felda Bukit Bading buat julung-julung kalinya dipilih oleh pihak pengurusan IKBN Wakaf Tapai untuk dijadikan Kampung pilihan bagi Program Anak Angkat Belia Wawasan Desa peringkat IKBN. Kami warga Felda Bukit Bading amatlah mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan belia dari mana-mana institusi pengajian tinggi mahupun pusat-pusat latihan kemahiran untuk menjadikan kami sebagai keluarga angkat atau hos kepada program-program seumpamanya.
Pada 18 - 20 Disember lalu,kami telah dikunjungi 40 orang pelatih IKBN dan 2 orang jurulatih untuk dijadikan anak angkat kepada warga Felda Bukit Bading.Program ini telah dirancang sebulan yang lalu dan berjalan begitu teratur dan seperti yang dirancang.












Gambar :Ketibaan pelajar IKBN dan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis Belia Felda Bukit Bading


Program 3 hari 2 malam ini penuh dengan aktiviti-aktiviti ilmiah,kemasyarakatan,kekeluargaan dan sedikit hiburan untuk memeriahkan program.Antara aktiviti yang dijalankan ialah majlis bacaan Yassin dan tahlil serta solat berjemaah, gotong royong membersihkan kawasan kampung,melawat projek perternakan lintah dan lembu,industri kerepek,sukaneka rakyat dan sebagainya.



















Program-program seperti ini sememangnya dapat memberi sedikit pendedahan kepada belia-belia dari IKBN ini kepada proses pembelajaran mereka dan juga sedikit sebanyak memberi kesan di dalam diri setiap pelatih untuk terus aktif dalam perkara-perkara yang positif selain dapat menyedari betapa indah hidup bermasyarakat. Kepada majlis belia,ini juga adalah mungkin satu ruang pembelajaran dan latihan untuk mengorganisasi atau menguruskan hal-hal yang berkaitan kepada kemasyarakatan. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan dengan semangat kerjasama setiap AJK Persatuan serta rakan-rakan belia yang lain.

Gambar : Aktiviti sepanjang program




Kepada pihak IKBN Wakaf Tapai,kedatangan kalian ke Kampung kami amatlah kami hargai dan datanglah lagi untuk program-program yang akan datang.











Gambar: Sekitar Majlis Penutup serata perasmian program yang disempurnakan oleh Pengurus Felda Bukit Bading En. Dalawi Bin Salleh serta penyampaian hadiah bagi acara sukaneka dan majlis penyerahan semula anak angkat kepada pihak IKBN.


Pulau pandan jauh ketengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik kalian akan kami kenang sampai bila-bila.





2 comments:

matkeh said...

ucapan ribuan tahniah kepada semua ajk belia yang telah menjayakan program ini dengan jayanya.. sememangnya majlis belia felda bukit bading ini siap sedia untuk sebarang aktiviti yang bakal berlaku di felda bukit bading.. tahniah

UMNO PARTI PENJARA said...

salam ziarah :-)






(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com