Thursday, December 03, 2009

KURSUS IBADAH KORBAN PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2009

Syukur kami kepada Allah yang memberi seribu rahmat dan kekuatan untuk kami mengurus dan mengatur satu lagi program yang diamanahkan kepada kami untuk mengendalikannya walaupun dalam keadaaan sibuk menyiapkan laporan dan persiapan menjelang penilaian Anugerah Belia Felda 2009 baru-baru ini.Kali ini kami diberi amanah untuk menjayakan Kursus Ibadah Korban Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2009 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu.

Program ini adalah di antara lain untuk menerapkan nilai-nilai murni dari kisah semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menempuh dan menjalankan segala perintah Allah demi menegakkan agama Islam dalam konteks terkini dan mengikut acuan Islam yang baik dan murni.
Kursus ini telah mendapat sambutan ramai belia dari seluruh daerah Hulu Terengganu terutama belia dari Felda Zon Tengah iaitu Felda Tersat,Jerangau Barat dan Felda Bukit Bading sendiri.
Terima kasih juga Belia 4B dari Kg Getang yang menghantar wakil.Kursus 2 hari 1 malam ini juga dijadikan konsep penempatan keluarga angkat dan kami sekali lagi mendapat kerjasama baik dari penduduk di Felda Bukit Bading untuk merealisasikan Kursus ini.
Kursus 2 hari ini banyak memberikan ilmu kepada peserta khususnya ynag berkaitan ibadah korban disamping mendapat latihan dan praktikal cara-cara untuk menyembelih lembu korban ini.Dan upacara perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan Belia 4B negeri Terengganu iaitu En Zaidi Bin Muda selain turut hadir pada majlis berkenaan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu En Nor Hisham Bin Mohamed dan beberapa pemimpin kampung. Di sini kami sediakan beberapa gambar untuk tatapan semua.






Gambar : Sekitar Kursus Ibadah Korban peringkat Daerah Hulu Terengganu

No comments: