Tuesday, December 29, 2009

DINOBAT SEBAGAI PERSATUAN BELIA FELDA CEMERLANG DI ABFM 2009

Salam seribu hormat dari kami warga Belia Felda Bukit Bading kepada semua pengunjung blog dan rakan-rakan Belia Felda seluruh negara.
Ingin benar kami kongsikan rasa gembira dan terharu yang tidak terhingga kepada kalian dengan kejayaan kami yang telah dinobatkan sebagai Persatuan Belia Felda Cemerlang Malaysia pada Anugerah Belia Felda Malaysia 2009 di karnival IKTIRAF yang diadakan di UiTM Shah Alam baru-baru ini.Kejayaan ini adalah paling besar dalam sejarah penubuhan persatuan belia di felda kami malah di Terengganu mungkin.
Kami membawa pulang Piala yang menjadi rebutan semua Persatuan Belia Seluruh Malaysia ini dengan bangga dan megahnya kerana nama Piala ini yang begitu gah di persada belia felda. " PIALA PEDANA BELIA FELDA" yang disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak.
Setelah berjuang untuk memulihkan imej warga Felda kami..hasilnya cukup membuatkan kami semua teruja untuk terus mengorak langkah dan berjaya di peringkat yang lebih baik pada masa akan datang.Semoga kekentalan semangat kami diteruskan oleh generasi akan datang dan ini menjadi pemangkin kepada penebusan maruah warga belia felda yang sudah lama tercalar.
Kami paparkan sedikit gambar untuk tatapan kalian.















Thursday, December 03, 2009

KURSUS IBADAH KORBAN PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU 2009

Syukur kami kepada Allah yang memberi seribu rahmat dan kekuatan untuk kami mengurus dan mengatur satu lagi program yang diamanahkan kepada kami untuk mengendalikannya walaupun dalam keadaaan sibuk menyiapkan laporan dan persiapan menjelang penilaian Anugerah Belia Felda 2009 baru-baru ini.Kali ini kami diberi amanah untuk menjayakan Kursus Ibadah Korban Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2009 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu.

Program ini adalah di antara lain untuk menerapkan nilai-nilai murni dari kisah semangat pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menempuh dan menjalankan segala perintah Allah demi menegakkan agama Islam dalam konteks terkini dan mengikut acuan Islam yang baik dan murni.
Kursus ini telah mendapat sambutan ramai belia dari seluruh daerah Hulu Terengganu terutama belia dari Felda Zon Tengah iaitu Felda Tersat,Jerangau Barat dan Felda Bukit Bading sendiri.
Terima kasih juga Belia 4B dari Kg Getang yang menghantar wakil.Kursus 2 hari 1 malam ini juga dijadikan konsep penempatan keluarga angkat dan kami sekali lagi mendapat kerjasama baik dari penduduk di Felda Bukit Bading untuk merealisasikan Kursus ini.
Kursus 2 hari ini banyak memberikan ilmu kepada peserta khususnya ynag berkaitan ibadah korban disamping mendapat latihan dan praktikal cara-cara untuk menyembelih lembu korban ini.Dan upacara perasmian penutup ini telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan Belia 4B negeri Terengganu iaitu En Zaidi Bin Muda selain turut hadir pada majlis berkenaan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu En Nor Hisham Bin Mohamed dan beberapa pemimpin kampung. Di sini kami sediakan beberapa gambar untuk tatapan semua.






Gambar : Sekitar Kursus Ibadah Korban peringkat Daerah Hulu Terengganu

Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS SAMBUTAN PANEL PENILAI ABFM 2009

Alhamdulillah..setelah mengharungi tahun 2008 dan 2009 dengan cemerlang dan baik kami pihak Persatuan Belia ( mbfm ) Felda Bukit Bading telah dicalonkan untuk mewakili Persatuan Belia Felda Wilayah Terengganu ke peringkat akhir Anugerah Belia Felda Malaysia 2009 bagi kategori Persatuan Belia Felda Cemerlang untuk merebut Piala YAB Perdana Menteri Malaysia. Untuk pengetahuan semua kami telah dilawati oleh 6 orang panel juri atau penilai dari seketeriat ABFM ini untuk melihat sendiri sejauh mana prestasi kami sebagai satu persatuan belia di dalam Felda yang mana sepatutnya memainkan banyak peranan bagi memakmur dan menghidupkan suasana kampung mahupun aktiviti belia itu sendiri.kami berjanji untuk memberikan yang terbaik dan kami telah berikan yang terbaik.Di sini kami paprkan antara gambar semasa hari sambutan berkenaan.










Gambar : Mesyuarat akhir Jawatankuasa majlis sambutan bersama Ketua Pegawai Seranta Wilayah Encik Razak Endut.










Gambar : Gotong-royong pada malam terakhir persiapan majlis sambutan



Gambar : Saat-saat ketibaan Panel Penilai ABFM 2009 yang diiringi oleh Polis Trafik Bermotosikal cawangan Hulu Terengganu dan konvoi bermotosikal Kelab Rakan Muda Felda Bukit Bading.Turut sama menanti saat ketibaan Panel Juri adalah barisan exco JKKR Felda Bukit Bading dan YB Dato' Rosol Bin Wahid ( ADUN Kawasan Ajil ) yang sporting menunggu Panel Juri.





Gambar : Nyanyian lagu NEGARAKU diikuti dengan lagu rasmi FELDA - SEMAI BAKTI dan lagu tema Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Bading - Gemuruh ( Faizal Tahir )











Gambar : Ucapan dari Ketua Juri En Khalil bin Rani dan ucapan Perasmian oleh YB Dato' Hj. Rosol Bin Wahid ( Adun Ajil ).










Gambar : Sesi minum pagi dan dihiburkan dengan tarian 60an oleh pelajar PDK Felda Bukit Bading.





Gambar : Sesi Penilaian










Gambar : Pengakhiran Majlis. Semoga Persatuan Belia ( MBFM ) mencapai tahap yang terbaik dalam sejarah penubuhan persatuan ini.
















Gambar : Sekitar majlis sambutan