Saturday, January 24, 2009

QIAMULLAI DAN BUBUR ASYURA'

Salam kepada semua pembaca.Hampir sebulan blog tidak diupdate,kami memohon maaf kepada semua pembaca blog yang setia. Ini kerana pihak pengurusan MBF mempunyai urusan di luar kawasan.
Setelah menghurungi penghujung 2008 dengan penuh kejayaan dan kecemerlangan menganjur dan menguruskan beberapa event besar yang berlangsung di Felda Bukit Bading,pada malam 1 Januari yang lalu kami,ahli-ahli MBF sempat mengadakan satu malam kesyukuran dan kesedaran serta mendekatkan diri kami semua kepada Pencipta.Kami telah menganjurkan satu malam tazkirah dan muhasabah diri seterusnya mengadakan Qiamullai bagi menandakan kesyukuran kami kepada Allah s.w.t kerana kami diberi kekuatan untuk melaksanakan beberapa program bagi memastikan belia-belia di Felda kami mendapat perhatian dan terus menerus dididik untuk menjadi belia positif dan berdaya saing. Majlis ini juga adalah lambang kepada permohonan kami kepada Allah s.w.t untuk terus memberkati dan memberi petunjuk kepada kami untuk terus memperjuangkan nasib belia-belia di Felda Bukit Bading.
Pada hari Jumaat,23/1/2009 yang lalu juga kami sekali lagi berkumpul di masjid untuk bersama bermuafakat menjayakan program memasak bubur asyura seperti lazimnya dibuat setiap kali bulan Muhamaram menjelma.
Dan kami pihak belia tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menjayakan program ini sekali gus dapat mengeratkan hubungan kami dan juga pihak pengurusan masjid serta pihak pentadbiran JKKR.

Gambar sekitar malam Qiamullai dan Program memasak bubur asyura.