Thursday, June 18, 2009

KARNIVAL SUKAN FELDA BUKIT BADING

Setelah beberapa minggu merancang,pihak persatuan belia Felda Bukit Bading akhirnya berjaya menganjurkan karnival sukan dengan jayanya atas usahasama semua pihak termasuk Kelab Rakan Muda,veteren-veteren sukan Felda Bukit Bading,JKKR,Pejabat Adun Ajil,ADUN Ajil YB Rosol Wahid dan semua warga penduduk Felda bertuah ini.Terima kasih tidak terhingga kami dari pihak persatuan belia di atas kerjasama yang diberikan sepanjang program dua hari ini berjalan.Budi baik ayah-ayah,ibu-ibu serta rakan-rakan untuk menjayakan program ini amatlah kami sanjung tinggi.Program berjalan dengan baik bermula pada hari Jumaat 5 Jun 2009 dan berakhir pada petang Sabtu 6 Jun 2009.Sukan yang dipertandingkan adalah Bola Sepak 7 sebelah ( tertutup bukit Bading ) dan bola jaring yang disertai oleh 8 pasukan dari kampung-kampung berhampiran.Antaranya dari Kg. Pela,Kg. Durian Kassim,Kg Tanjung Putat,Kg.Bukit Diman,Kg.Menerong,Kg Baru Ajil dan 2 pasukan dari Felda Bukit Bading sendiri.
Perlawanan bola jaring ini berlangsung sehari iaitu pada hari Jumaat bermula sebelah pagi dan acara separuh akhir dan akhir diadakan sebelah petang.Perlawanan bola jaring ini telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dari setiap pasukan.Pasukan Bukit Diman berjaya mengondol gelaran Johan dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300.Sementara Naib Johan dimenangi oleh pasukan dari Menerong dan membawa pulang wang tunai Rm200.Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan dari Pela dan Durian Kassim.Kepada Team Bukit Bading,jangan putus asa,kita usaha lagi."Practice makes perfect".
Gambar : Antara yang sempat dirakam.









Sementara itu,perlawanan bola sepak 7 sebelah yang dianjurkan mendapat sambutan yang agak baik dari belia-belia Felda Bukit Bading,sebanyak 12 pasukan telah bertanding disertai dengan 4 pasukan pertunjukkan dari Sekolah Rendah felda Bukit Bading dan 1 perlawanan pertunjukkan dari vateren-vateren sukan Bukit Bading.Perlawanan berjalan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.Pada sebelah petang Sabtu telah diadakan perlawanan separuh akhir dan akhir dimana pihak persatuan telah menjemput Pengerusi JKKK felda Bukit Bading 1,Hj Abdul Rahman Bin Hassan sebagai tetamu VIP dan sekali gus merasmikan karnival dan menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan yang bertanding.

Gambar : Kandid sekitar perlawanan bola sepak 7 sebelah dan Hj Abd Rahman menyampaikan amanat beliau kepada belia pelapis Felda Bukit bading.