Tahniah dan syabas sekali lagi kami ucapkan kepada semua warga kerja dan sukarelawan Persatuan Belia FBB,GPW,JKKR dan semua penduduk Felda Bukit Bading kerana berjaya menjadi tuan rumah sekali lagi kepada program Rakan Muda Wawasan Desa dan kali ini kita mendapat kunjungan dari Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ).Seramai 38 pelajar dari pelbagai fakulti telah hadir menjayakan program 4 hari 3 malam di Felda Bukit Bading ini.Program ini lebih mudah jika dipanggil program pengambilan anak angkat dari IPT dan nampaknya program2 seperti ini semakin mendapat sambutan dari warga ibu bapa di Felda Bukit Bading dan semestinya semangat seperti ini kami sebagai belia di bumi bertuah ini harapkan,sokongan dan nasihat dari ibu2 dan ayah2 pastinya akan terus menjadi pemangkin kepada semangat belia.
Program bermula dengan hari perasmian oleh YB Adun Ajil,Dato Rosol Bin Wahid.Majlis juga dihadiri oleh Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu,En Norhisham bin Mohamed dan beberapa pegawai dari UMT,majlis berlangsung sederhana namun meriah.