Tuesday, November 24, 2009

MAJLIS SAMBUTAN PANEL PENILAI ABFM 2009

Alhamdulillah..setelah mengharungi tahun 2008 dan 2009 dengan cemerlang dan baik kami pihak Persatuan Belia ( mbfm ) Felda Bukit Bading telah dicalonkan untuk mewakili Persatuan Belia Felda Wilayah Terengganu ke peringkat akhir Anugerah Belia Felda Malaysia 2009 bagi kategori Persatuan Belia Felda Cemerlang untuk merebut Piala YAB Perdana Menteri Malaysia. Untuk pengetahuan semua kami telah dilawati oleh 6 orang panel juri atau penilai dari seketeriat ABFM ini untuk melihat sendiri sejauh mana prestasi kami sebagai satu persatuan belia di dalam Felda yang mana sepatutnya memainkan banyak peranan bagi memakmur dan menghidupkan suasana kampung mahupun aktiviti belia itu sendiri.kami berjanji untuk memberikan yang terbaik dan kami telah berikan yang terbaik.Di sini kami paprkan antara gambar semasa hari sambutan berkenaan.










Gambar : Mesyuarat akhir Jawatankuasa majlis sambutan bersama Ketua Pegawai Seranta Wilayah Encik Razak Endut.










Gambar : Gotong-royong pada malam terakhir persiapan majlis sambutan



Gambar : Saat-saat ketibaan Panel Penilai ABFM 2009 yang diiringi oleh Polis Trafik Bermotosikal cawangan Hulu Terengganu dan konvoi bermotosikal Kelab Rakan Muda Felda Bukit Bading.Turut sama menanti saat ketibaan Panel Juri adalah barisan exco JKKR Felda Bukit Bading dan YB Dato' Rosol Bin Wahid ( ADUN Kawasan Ajil ) yang sporting menunggu Panel Juri.





Gambar : Nyanyian lagu NEGARAKU diikuti dengan lagu rasmi FELDA - SEMAI BAKTI dan lagu tema Persatuan Belia (MBFM) Felda Bukit Bading - Gemuruh ( Faizal Tahir )











Gambar : Ucapan dari Ketua Juri En Khalil bin Rani dan ucapan Perasmian oleh YB Dato' Hj. Rosol Bin Wahid ( Adun Ajil ).










Gambar : Sesi minum pagi dan dihiburkan dengan tarian 60an oleh pelajar PDK Felda Bukit Bading.





Gambar : Sesi Penilaian










Gambar : Pengakhiran Majlis. Semoga Persatuan Belia ( MBFM ) mencapai tahap yang terbaik dalam sejarah penubuhan persatuan ini.
















Gambar : Sekitar majlis sambutan

Wednesday, November 11, 2009

ANUGERAH BELIA FELDA MALAYSIA 2009

Untuk Pengetahuan semua,Persatuan Belia ( MBFM ) Felda Bukit Bading telah dicalonkan bagi mewakili Wilayah Terengganu ke Anugerah Belia Felda Malaysia bagi merebut Piala YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Seri Najib Bin Tun Razak.
Sesi penilaian pun telah diadakan pada 3 November yang lalu dan pihak persatuan telah memberikan persediaan terbaik untuk memastikan kami memberi saingan terhebat kepada persatuan-persatuan lain yang turut bertanding.Kami akan memaparkan gambar-gambar sekitar sambutan hari penilaian selepas sesi penilaian semua wilayah selesai. Doakan kejayaan kami.

Tuesday, September 15, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA PERINGKAT PARLIMEN HULU TERENGGANU ANJURAN SERANTA

Sempena Ramadhan yang sudah mencecah fasa ke-3,di masjid Felda Bukit Bading baru-baru telah diadakan satu majlis berbuka puasa peringkat Parlimen yang mana program ini adalah anjuran pihak SERANTA ( Jabatan Perdana Menteri ) dan dengan kerjasama JKKR Felda Bukit Bading serta dibantu oleh pihak Persatuan Belia Felda Bukit Bading sendiri.Yang pasti apa yang menceriakan kami adalah kesudian ahli Parlimen Hulu Terengganu,YB Mohd Nor Bin Othman dan ADUN Ajil,Dato' Rosol Bin Wahid untuk turut serta menjadi tetamu VIP pada majlis ini selain turut dihadiri oleh Pegawai Khas SERANTA,En Razak bin Endut dan Penolong Pengurus Besar FELDA Wilayah Terengganu,Hj. Hadi selain diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu ( Persada-UMT) yang memberikan seribu kerjasama sepanjang majlis berlangsung.
Pada sebelah petangnya pelajar-pelajar ini bersama pihak persatuan menziarahi salah seorang warga emas yang tinggal di Felda Bukit Bading ini.Tujuan lawatan ini adalah untuk mamberi sedikit kegembiraan kepada beliau yang tinggal keseorangan setelah kematian suami.kami lebih mesra memanggil warga emas ini sebagai "Mokcik Pokloh". Dan kehadiran pelajar-pelajar ini yang turut membersihkan kawasan rumah,dapur dan menyampaikan sedikit barangan dapur bagi keperluan beliau yang disempurnakan oleh Penasihat PERSADA,Puan Hanani Idayu Yazid.Terima kasih kami kepada pihak PERSADA UMT.
Sebelum bermula majlis berbuka puasa ini,turut diadakan majlis penyerahan bantuan kepada keluarga Felda terpilih untuk menerima bantuan hari raya dan keluarga contoh.Turut disertakan simbolik kepada penyerahan bantuan Hari Raya dari Felda kepada semua peneroka Felda Wilayah tengah iaitu,Felda Bukit Bading,Tersat dan Mengkawang.