Sunday, December 07, 2008

KARNIVAL JOM INTERNET BERSAMA MAXIS

Pada 5-6 Disember yang lalu,Kementerian Tenaga,Air Dan Komunikasi ( KTAK) dengan kerjasama JKR,TM dan MAXIS telah menganjurkan satu Karnival Internet peringkat wilayah timur di Felda Bukit Bading yang mana lokasinya telah menjadi pilihan pihak penganjur berdasarkan kedudukan FELDA ini yang strategik di negeri Terengganu. Dengan kerjasama pihak pengurusan FELDA dan Majlis Belia FELDA Bukit Bading,program ini berjalan dengan lancar dan jayanya seperti yang telah dirancang.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi pendidikan asas internet kepada semua warga Felda Bukit Bading dan penduduk sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mendedahkan pengetahuan asas komputer kepada semua lapisan masyarakat sekitar tidak mengira peringkat usia secara percuma selama dua hari bermula pada hari Jumaat,5 Disember lalu.
Program dua hari yang yang dijalankan ini juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan karaoke,catur,dam haji dan street soccer yang mana mendapat sambutan hangat dari semua belia FELDA Bukit Bading.
Sesungguhnya program-program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk,belia dan semua pihak termasuk penganjur dan secara tidak langsung juga program ini dapat memperkenalkan FELDA Bukit Bading kepada semua penduduk dari lain-lain daerah.Ribuan terima kasih kami di FELDA Bukit Bading kepada pihak penganjur kerana memilih FELDA kami sebagai lokasi pilihan dan Insya-Allah untuk program-program mendatang kami akan terus memberikan kerjasama yang lebih baik.















Kelas komputer dan internet mendapat penyertaan lebih dari 250 orang peserta



















Permainan yang disediakan untuk kanak-kanak ,penganjur menyediakan Castle Ballon,dam ular, congkak dan bermacam lagi permainan.


















Permainan Street Soccer,catur,carom dan dam yang menjadi pilihan golongan belia dan senior Felda Bukit Bading

















Pertandingan Karaoke mendapat sambutan hangat dari 21 orang peserta dan semua penonton yang hadir.




Permainan on the spot yang dicipta oleh pihak penganjur kepada urusetia menggamatkan dewan dengan sorakan penonton.

Gambar kanan - Wakil dari MAXIS,En Azman menyampaikan sumbangan kepada Majlis Belia Felda yang diwakili oleh Pengerusi Majlis Belia Felda Bukit Bading,En Mohd Tarmizie.











Kiri: En Zahari, Event Organiser yang bertanggungjawab melaksanakan program JOM INTERNET di FELDA Bukit Bading




Gambar oleh: Mohd Khairil Bin Sabri

3 comments:

~`with us~ said...

gane kt atikel tu byk ngk spacing nye? mane gmbo lagi?

PERSATUAN BELIA ( MBFM ) FELDA BUKIT BADING said...

maaf kepada jari,sewaktu anda komen..blog sedang di update! skrg sudah okey..

maslida said...

bestnye kit bading skg...
mcm2 ade aktviti...