Setelah menghurungi penghujung 2008 dengan penuh kejayaan dan kecemerlangan menganjur dan menguruskan beberapa event besar yang berlangsung di Felda Bukit Bading,pada malam 1 Januari yang lalu kami,ahli-ahli MBF sempat mengadakan satu malam kesyukuran dan kesedaran serta mendekatkan diri kami semua kepada Pencipta.Kami telah menganjurkan satu malam tazkirah dan muhasabah diri seterusnya mengadakan Qiamullai bagi menandakan kesyukuran kami kepada Allah s.w.t kerana kami diberi kekuatan untuk melaksanakan beberapa program bagi memastikan belia-belia di Felda kami mendapat perhatian dan terus menerus dididik untuk menjadi belia positif dan berdaya saing. Majlis ini juga adalah lambang kepada permohonan kami kepada Allah s.w.t untuk terus memberkati dan memberi petunjuk kepada kami untuk terus memperjuangkan nasib belia-belia di Felda Bukit Bading.
Pada hari Jumaat,23/1/2009 yang lalu juga kami sekali lagi berkumpul di masjid untuk bersama bermuafakat menjayakan program memasak bubur asyura seperti lazimnya dibuat setiap kali bulan Muhamaram menjelma.
Gambar sekitar malam Qiamullai dan Program memasak bubur asyura.
No comments:
Post a Comment