Program kali ini lebih menjurus kepada penghayatan Maulidur Rasul dimana,pihak UMT/PERSADA UMT ini mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Peneroka dan belia-belia Felda dalam menjayakan sesuatu aktiviti dan secara tidak langsung mendedahkan mereka kepada alam berpersatuan yang positif serta dapat mengubat kerinduan mereka kepada Felda halaman masing-masing.
Sememangnya program seumpama ini kami alukan kedatangannya dan semoga hubungan erat yang terjalin antara UMT dan warga Felda Bukit Bading akan terus menerus mekar dan jika sudi,kunjungilah kami yang sedia menanti.
Program sehari ini sarat dengan aktiviti ilmiah dan kerohanian. Sejurus sahaja siswa-siswi ini tiba di perkarangan Masjid,mereka terus beramah mesra dengan semua AJK Masjid,GPW dan AJK Persatuan Belia.Pihak Masjid juga menyediakan jamuan makan dan seekor lembu telah dikorbankan untuk menyambut kedatangan siswa-siswi UMT ini dan menjamu penduduk sekitar.
Pada sebelah malamnya pula,satu tazkirah agama telah disampaikan oleh salah seorang tenaga pengajar yang dibawa khas dari UMT sendiri dan ceramah yang disampaikan juga berkisarkan tentang penghayatan Kelahiran Nabi Muhamad s.a.w. dan ini diakhiri dengan penyampaian cenderehati dari pihak Persada UMT kepada badan-badan yang bekerjasama untuk menjayakan program ini disusuli dengan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w dan sedikit jamuan makan.
Gambar : Aktiviti sepanjang hari 27 Mac sempena menyambut kedangan siswa-siswi UMT
No comments:
Post a Comment