Monday, May 04, 2009

EKONOMI - PELEPAH KELAPA SAWIT

Seawal penubuhan Persatuan Belia ( MBFM ) Felda Bukit Bading ini lagi,pihak AJK Persatuan telah menjalankan beberapa tinjauan kepada aktiviti atau sumber ekonomi yang boleh dilaksanakan oleh persatuan bagi meningkatkan penghasilan ekomoni atau sumber pendapatan persatuan selaras dengan matlamat persatuan yang ingin menubuhkan Koperasi atau syarikat enterprise yang mungkin menjadi tanda atau lambang kepada kekukuhan kerjasama yang dieratkan selama ini dikalangan belia.
Dari hasil tinjauan yang dibuat termasuk Pengerusi persatuan sendiri,ahli mesyuarat telah bersetuju untuk menjadikan projek kitar semula pelepah kelapa sawit untuk dijadikan makanan ternakan sebagai perusahan awal yang boleh dilaksanakan.
Disamping mampu memberi peluang pekerjaan kepada belia-belia Felda Bukit Bading,projek ini mampu menjana sumber ekonomi yang baik kepada pihak persatuan bagi melancarkan segala perancangan persatuan tidak kira dari segi penganjuran sebarang bentuk program mahupun pelaburan perniagaan untuk jangkamasa 2 tahun akan datang.
Projek ini diketuai oleh Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan sendiri iaitu saudara Azha Bin Ismail dan dibantu secara amnya oleh Timbalan Pengerusi Biro Keselamatan,saudara Yusma Fazlie dan Setiausaha persatuan saudara Ahmad Tamizi dan disokong oleh semua AJK persatuan termasuk semua pelatih pasukan bola sepak Felda Bukit Bading yang diselia oleh Ketua Biro Sukan Dan Rekreasi,saudara Saiful Saharudin Wahab.
Proses ini termasuklah proses awal mencari pelepah kelapa sawit di sekitar ladang semua peneroka Felda ini yang mana pihak persatuan terlebih dahulu meminta keizinan dari semua peneroka melalui pengumuman yang dibuat di Masjid pada hari jumaat 4 minggu yang lalu.
Selepas memungut semua pelepah ini,pengangkutan yang disediakan oleh pihak persatuan akan membawa semua pelepah ini ke tapak pemprosesan yang akan diselenggarakan oleh 4 - 5 orang pekerja ( Belia ).Seterusnya pelepah ini akan dimesin dan hasilnya akan dihantar ke kilang pemprosesan makanan ternakan di Gong Badak,Kuala Terengganu.
Diharap,projek ini mampu dilaksanakan dengan jayanya dan sekaligus menjadi sumber pendapat utama kepada persatuan bagi melancarkan segala aktiviti yang akan dijalankan demi kepentingan dan kemudahan belia Felda Bukit Bading.

4 comments:

Da Vogue said...

SYABAS BELIA BUKIT BADING.
walau pon aku hanya pendatang di felda ini tp semangat yg ada dlm belia m`buatkn aku rase seolah2 dlahirkan&dbesarkan d bumi felda ini.GUD LUCK!

PERSATUAN BELIA ( MBFM ) FELDA BUKIT BADING said...

Da Vogue,
Joinla blog kami dan berhubungla dengan kamidan sertailah aktiviti kami..

Mat Yie said...

Semoga belia Felda Bukit Bading terus bersemangat untuk membuktikan belia adalah teras kecemerlangan warga felda dan terus menjadi pelapis yang bermatlamat..

DURI PALAS said...

Belia-belia bangsa..
Maju bangsa..maju negara..
Belia-belia bangsa..
Sengketa bawa rebah semua..
Belia pelapis negara..
Belia muda..
Belia jaya..
Selamat maju jaya..