Monday, May 18, 2009

PENTARAMA - JABATAN PENERANGAN

Pada 12 Mei lalu,kami telah dihubungi oleh pihak Jabatan Penerangan untuk bersama-sama menjayakan Program Pentarama Ceria Berinformasi yang membawa konsep 1 Malaysia untuk memberi pendedahan kepada semua warga Malaysia,warga Felda khususnya akan apa yang ingin dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia ketika ini.Maka pada 16 mei lalu,kami warga Felda Bukit Bading dengan penuh bangga dan berbesar hatinya telah menerima kunjungan hormat ini sebagai menyahut cabaran dan seruan kerajaan untuk menjadi salah satu persatuan belia yang berani,cekap,berinformasi dan bermaklumat.
Hasil dari perancangan rapi dan cekap walaupun dalam masa yang singkat,kami warga belia,JKKR dan GPW Felda Bukit Bading berganding bahu untuk meraikan kedatangan tetamu kami ini.Terima kasih sekali lagi kepada pihak jabatan Penerangan kerana sudi menjadikan kami lokasi pertama kepada penganjuran program seumpamanya di Terengganu bagi tahun ini.Jika ada kesempatan kita pasti bersua lagi.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Adun Ajil,Dato' Rosol Bin Wahid yang sudi hadir bagi memberi sokongan kepada kami di atas segala usaha untuk memakmurkan Felda kami sekaligus menjadikan Felda kami ini sebagai destinasi penganjuran utama kepada program2 seumpanya pada masa-masa akan datang.
Persembahan adalah merangkumi Tarian kebudayaan,sketsa berkaitan isu semasa,dan nyanyian yang dijayakan oleh kira-kira 40 orang artis budaya yang datang dari Kuala Lumpur dan juga diselitkan dengan dua buah lagu yang dimainkan secara live dari band 60-an Felda Bukit Bading iaitu "DR BAND".Semoga program-program seperti ini mampu memberi kesan positif kepada perkembangan ilmu dikalangan warga Felda belia khususnya.










No comments: