Wednesday, May 27, 2009

GEMPAK DESA ASTRO

Bersyukur kami lagi sekali di atas kunjungan demi kunjungan warga luar atau syarikat2 gergasi tanah air yang sudi menjadikan kami sebagai venue atau lokasi penganjuran program2 komuniti atau kemasyarakatan yang jelas membawa seribu mesej perpaduan dan semangat kerjasama yang mampu membentuk sahsiah mulia dan memupuk semangat berpasukan yang lebih baik.Bermula dengan kunjungan Bomba,Maxis,Telekom Malaysia,Jabatan Penerangan dan banyak lagi agensi2 luar,kali ini kami dikunjungi oleh ASTRO yang menganjurkan program khidmat komuniti yang digelar GEMPAK DESA ASTRO pada 23 Mei yang lalu.
Program ini benar2 mengajar kami akan keperluan kerjasama dengan semua agensi atau persatuan di dalam kampung malah kerjasama dari semua pihak termasuk penduduk kampung sendiri.Pihak Astro telah menganjurkan program2 seumpamanya di sekitar pantai Timur termasuk di Setiu,namun apa yang membanggakan kami,kerjasama dari warga Felda Bukit Bading dikhabarkan antara yang terbaik sepanjang penganjuran program ini di pantai timur.
Antara aktiviti yang diadakan adalah sukaneka bersama penduduk,pertandingan karaoke,demo masakan bersama Discovery Channel,Peraduan teka kacang,sesi bercerita bersama Ust Azwan Astro Oasis,sesi bersama artis dan kemuncak bagi program ini adalah persembahan nyanyian dari 7 orang bekas pelajar AF seperti TOI,RINI,OBRI,NAIM,ZILA,ASWAD dan DEKNA.Program ini juga diceriakan oleh 2 orang bekas peserta Raja Lawak musim ketiga iaitu Talam dan Epol ( Chot).Program ini telah dirasmikan oleh YB Adun Ajil,Dato Rosol Bin Wahid yang mana beliau telah sudi untuk turut serta dalam beberapa acara yang diadakan.Kesempatan ini juga ingin kami ambil peluang untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak ASTRO yang telah sudi untuk menjadikan Felda Bukit Bading ini sebagai Venue kepada progaram ini dan jika berpeluang kunjungilah kami lagi,kami bersedia menerima kunjungan Astro bila-bila masa sahaja.Tidak lupa juga terima kasih kami kepada orang kuat Mulia Event yang bersusah payah merancang dan membantu memberi tunjuk ajar kepada kami iaitu Saudara Azrol Hapiz,Saudara Noriz dan Nora.Budi kalian pasti tidak akan kami lupa.Semoga kita berjumpa lagi dan kami pasti kita pasti berjumpa lagi.Semoga Astro juga terus gemilang menerajui sistem penyiaran negara dan terus menerus menjadikan penonton sebagai perkara utama dalam segala hal.

Gambar: Antara kenangan yang sempat dirakam.

Terima kasih daun keladi,jika sudi kunjungilah kami lagi.

No comments: