Saturday, May 09, 2009

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN BERSAMA PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH HULU TERENGGANU

Selaras dengan matlamat persatuan untuk melihat ramai belia di Felda Bukit Bading ini berjaya khususnya dalam bidang keusahawanan,pada 8 May 2009,Jumaat baru-baru ini Persatuan Belia Felda Bukit Bading dengan kerjasama Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu program Taklimat Keusahawanan dan Skim Tabung Ekonomi Belia ( STEB ) bertempat di Dewan Belia Felda Bukit Bading.
Pihak persatuan telah menjemput Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu,En Nor Hisham Bin Mohamed dan beliau ditemani oleh Pembantu Belia dan Sukan Daerah,En Amer Hamzah bin Rasdi untuk memberi taklimat dan penerangan.Taklimat ini dihadiri kira-kira 30 orang usahawan belia disekitar daerah Hulu Terengganu termasuk dari felda-felda berhampiran,Kampung Landas,Kampung Pela dan termasuk daribelia dari Felda Jerangau.

Antara topik yang dibincangkan adalah : -

1) Skim Tabung Ekonomi Belia
2)Bimbingan usahawan muda
3)Bantuan dan sokongan PBSD
4)Sesi soal jawab bersama pegawai PBSD


Adalah program-program seperti ini akan memberi kefahaman kepada usahawan belia dan memudahkan urusan mereka untuk berinteraksi bersama PBSD dan Insyaallah jika diberi daya kekuatan dan kesempatan untuk menganjurkan lagi program taklimat sepertinya,pihak persatuan akan memaklumkan kepada belia-belia sekitar untuk kita sama-sama mendapat kemudahan dan bantuan dari segenap segi keperluan dan bimbingan.
Majlis juga menyediakan minum petang yang disediakan oleh Ketua Biro Keceriaan Dan Kebersihan Persatuan,Pn Kamariah Binti Ismail.Diharap semua ushawan yang hadir mendapat manfaat dari segala usaha murni persatuan ini.

No comments: